Tunjuk Perut Tak Ada Masalah – Raja Ilya

Hiburan

Tunjuk Perut Tak Ada Masalah – Raja Ilya

Bakal bergandingan bersama pelakon popular Bollywood Kajol, Raja Ilya kini sedang sibuk mempersiapkan diri bagi menjalani penggambaran filem daripada produksi India yang bertajuk Dari KL ke Bollywood yang dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan.

Advertisement

Raja Ilya juga akan berlakon bersama-sama Shaheizy Sam didalam filem tersebut dimana kedua-duanya harus bercakap dalam bahasa Urdu. Wah, agak mencabar bukan?

Selain itu, saya dan Sam juga kena bercakap bahasa Urdu untuk filem KL ke Bollywood itu. Malah, penerbit juga meminta beberapa pelakon untuk masuk kelas bahasa Urdu agar pertuturan menjadi lancar dan semula jadi.

Umum mengetahui bahawa wajah Raja Ilya persis seperti gadis Hindi bukan? Kali ini beliau diberi peluang untuk melakonkan watak sebagai wanita Punjabi beliau harus memakai sari yang menyerlahkan perutnya.

Pernah membawakan watak yang hampir sama sebelum ini, Raja Ilya menjelaskan beliau tidak kisah untuk menayang perutnya kerana sudah biasa mengenakan pakaian tradisional masyarakat India itu sebelum ini.

Tunjuk perut tak ada masalah. Sebab masa berlakon dalam filem Appalam arahan Afdlin Shauki, saya ada memakai sari. Memang trend sari India macam itu.

Sudah menjadi budaya masyarakat India untuk tampil mengenakan pakaian tradisional mereka dalam mana-mana filem. Demi watak, selalunya seseorang pelakon itu jarang menyuarakan pendapat beliau mengenai isu pemakaian.

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...