Tunjuk Lagak Tunggang Motosikal Lebih 260km Sejam Atas Jambatan Pulau Pinang, Lelaki Ini Dicekup Polis

Trending

Tunjuk Lagak Tunggang Motosikal Lebih 260km Sejam Atas Jambatan Pulau Pinang, Lelaki Ini Dicekup Polis

Baru-baru ini, tular di laman sosial aksi seorang penunggang motosikal menunggang secara laju dan berbahaya di atas Jambatan Pulau Pinang. Difahamkan, dia ingin membuktikan mampu merentasi jambatan itu hanya dalam tempoh masa 2 minit 20 saat dengan kelajuan tertinggi 261 kilometer sejam.

Aksi ala ‘Fast & Furious’

Advertisement

Video itu turut mendapat perhatian pihak berkuasa dan membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang merupakan jururawat hospital swasta berusia 28 tahun. Dia telah ditahan pihak polis atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya.

Tunggang Kawasaki ZX-6R, berdesup laju

lumba motor

Rata-rata netizen yang menonton video “aksi maut” itu memberi kecaman di atas sikap tidak bertanggungjawab lelaki tersebut ditambah lagi dalam keadaan negara yang sedang di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kalau jadi apa2 menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.. Penting kan diri sendiri!! Polis tolong siasat kat CCTV.”

“Sengaja cari penyakit tengah PKP ni, kalau dah jadi sesuatu nanti menyusahkan semua orang.”

motor penang

Dia didakwa di bawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 atau tidak lebih RM15,000.

Sumber Berita : IPD Timur Laut Pulau Pinang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...