Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam, Lelaki 51 Tahun Maut Dibelasah Orang Ramai

Kehidupan

Tunjuk Kemaluan Di Tempat Awam, Lelaki 51 Tahun Maut Dibelasah Orang Ramai

Gara-gara menunjukkan kemaluan di tempat awam, seorang lelaki berusia 51 tahun maut dipukul oleh orang awam yang berang dengan kelakuannya yang tidak senonoh itu.

Menurut Sinar Harian, kejadian itu berlaku pada jam 7.26 malam, Ahad dan mangsa yang berstatus suami ditemui mati di hadapan sebuah tadika di Jasin Bestari, Jasin.

Advertisement

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati insiden bermula apabila mangsa dikatakan menunjukkan kemaluan kepada khalayak ramai di parkir kenderaan sebuah pasar raya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi MukhtarSumber : Berita RTM 

 

Orang awam marah

Perbuatan mangsa kemudian disedari oleh dua orang awam yang marah lalu memukulnya sebelum dia melarikan diri ke bangunan kedai berdekatan.

Tambah Dzulkhairi, mangsa kemudian berlari ke arah semak selain turut melintasi parit yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi pertama sebelum dia yang bertindak agresif namun berjaya ditahan orang ramai.

Selain dua individu terbabit, terdapat tiga lagi suspek termasuk seorang pemandu lori yang membawa muatan tong gas dipercayai telah menendang kepala mangsa.

Sebaik sahaja menyeberangi sungai itu, mangsa ditahan dan dipukul beberapa lelaki yang terdengar jeritan orang awam meminta bantuan untuk menangkapnya.

Akibat kecederaan yang dialami mangsa meninggal di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

Hospital Jasin

 

Tujuh suspek ditahan, mangsa ada kesalahan lampau

Susulan itu, polis telah berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang warga Pakistan berusia lingkungan 15 tahun hingga 66 tahun bagi membantu siasatan.

Suspek terdiri dalam kalangan orang awam, pekerja sekitar, pelanggan dan pemandu lori. Kesemua mereka direman tujuh hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 suspek belasah lelaki di Jasin

Semakan awal juga mendapati mangsa pernah disabitkan dengan dua kesalahan lampau pada 2003 dan 2024 atas kesalahan melakukan kelucahan melampau di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu maut dilanggar anak sedang u turn
2025-07-16 11:54:19

Warga Emas Sedang Bersedekah Tepi Jalan Maut Dirempuh Kereta Dipandu Anak Sendiri Ketika Buat 'U-Turn'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...