Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza : Duda 49 Tahun Didenda RM5,000

Hiburan

Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza : Duda 49 Tahun Didenda RM5,000

Padah menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur  pada hari Ahad lalu, seorang duda berusia 49 tahun didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Advertisement

Majistret Noor Farah Hazwani Osmon telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap  tertuduh Amiruddin Sulaiman selepas beliau mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.

Menurut portal Harian Metro, tertuduh didakwa menghina kesopanan pembantu rumah penyanyi itu dengan cara menunjukkan kemaluannya  kira-kira jam 5 petang hujung minggu lepas.

Jika denda itu tidak dapat dilaksanakan, mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan. Bagi kesalahan itu, Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduanya-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Ya, kami tahu anda mungkin akan mempersoalkan kenapa cerita sebegini harus dimasukkan ke dalam BeautifulNara tetapi ia ada juga berkaitan dengan artis pujaan ramai di Malaysia, jadi kami tulislah berita ini selain gosip je kan?

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...