Nama anak kembar pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Iris Pahamin dan Kasih Iris Leona sebelum ini pernah tular mendapat perhatian netizen selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagaimanapun, anak gadisnya Leona yang kini berusia 18 tahun itu dilihat sering berkongsikan video TikTok dan ada sahaja videonya menari tidak kira di mana-mana. Lebih mengejutkan, Namanya mula menjadi bualan hangat pengguna media sosial selepas tercetusnya satu isu mengenainya sehingga Leona difahamkan trending di Twitter.
Malah, netizen itu juga turut mempersoalkan tindakan gadis itu dan berharap agar dia menjadi normal seperti orang lain.
Dalam pada itu, perkara tersebut tidak terhenti begitu sahaja. Hal ini kerana, ia juga telah mencetuskan provokasi dalam kalangan peminat Leona. Ada yang bersetuju namun ada yang berpendapat individu itu sebenarnya cemburu dengan kehidupan Leona. Bahkan, ada yang tampil untuk ‘back-up’ anak pelakon terkenal itu.
Rentetan itu, Leona dilihat memuat naik satu gambar menunjukkan isyarat tangan lucah susulan tidak henti-henti menerima kecaman daripada warganet. Rata-rata mengecam tingkah laku gadis ini yang dianggap kurang beradab dan sangat memalukan.
Walau bagaimanapun, Leona kini difahamkan telah memadam gambar berkenaan. Namun ia bukanlah kali pertama nama Leona diperkatakan netizen. Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Azhar tampil memuat naik perkongsian menegur anak gadisnya itu agar tidak duduk mengangkang malah turut mengingatkan Leona bahawa beliau merupakan seorang gadis yang menganut agama Islam.
Sumber: OH BULAN!