Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pemain bintang Manchester United iaitu Amad Diallo bertindak menunjukkan jari tengah kepada penyokong selepas kalah kepada pasukan Asean All Star.
Enggan membiarkan dirinya dihina, Amad tampil mempertahankan diri dengan mendakwa bahawa terdapat peminatnya yang mengejek dan menghina ibunya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, dia memberitahu bahawa dia tidak menyesal dengan tindakannya itu .
Saya menghormati orang lain kecuali mereka yang menghina ibu saya. Saya tidak sepatutnya beri respon sebegitu tapi saya tidak menyesal di atas tindakan saya.
Meskipun begitu, dia mengakui bahawa dia dapat menikmati masanya di Malaysia bersama orang yang baik.
I have respect for people but not for the one who insults my mom…
I shouldn’t have reacted like that but I don’t regret what I did.🤞🏾
We had a great time in Malaysia with good people😄❤️ pic.twitter.com/9d1WeCTMTd
— Amad (@Amaddiallo_19) May 29, 2025
Menjengah ke ruangan komen, ada pihak yang mempertahankan tindakan Amad itu namun masih ada juga yang mempertikai dakwaan yang dikeluarkan oleh pemain bola sepak itu.