Gara-gara memuat naik foto tentang cara-cara menidurkan anak-anaknya dalam kereta, Pencetus Ummah (PU) Abu dikritik hebat oleh netizen.
Dia dikecam kerana menunjukkan cara menidurkan anak yang sedang duduk di pangkuan di bahagian tempat duduk pemandu sambil membawa kereta.
“Antara cara-cara aku nak tidur atau diamkan anak-anak aku (Adam dan Mateen) kecuali Aisyah adalah dengan pagkukan mereka dekat tempat pemandu. Contohnya macam dalam gambar. Tapi aku akan berhentikan kereta di mana-mana dululah. Biasanya tak lama 5 ke 10 minit mereka akan tidur then aku letaklah kat car seat. Mudahkan?”
PU Abu dilaporkan telah berkongsi perkongsian tersebut menerusi laman instagram miliknya.
Netizen yang mengikuti perkembangan serta ‘update’ PU Abu di laman media sosial itu segera mengkritik perbuatan itu kerana merasakan perlakuan itu sangat merbahaya.
PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan kini mempunyai dua orang cahaya mata lelaki dari kedua bekas isterinya, Ain ‘Afini dan Hana Azraa iaitu Muhammad Adam Aysar dan Muhammad Uwais Al-Mateen.