Hubungan di antara Zarina Anjoulie dan pasangan, Datuk Seri Elzey dikhabarkan bakal beralih ke fasa perkahwinan terhenti di tengah jalan dan perkara tersebut hanya dikongsikan di platform media sosial masing-masing.
Melalui luahan Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju itu, dia sememangnya hargai kenangan manis bersama bekas tunang dan tidak mudah untuk dia lupakan cinta mereka.
Susulan itu, di TikTok Elzey, dia ada membalas komen netizen yang menyuruh dirinya memujuk Anju untuk kembali bersama, namun ahli perniagaan tersebut enggan berbuat demikian.
Dalam pada masa yang sama, lelaki berusia 45 tahun itu sempat juga setuju bahawa wanita tidak pernah salah, namun persoalkan tentang aurat wanita.
Sekadar info, netizen mula ‘mengorek’ kisah silam Datuk Seri Elzey dan menemukan satu akaun YouTube memaparkan kehidupan lelaki berkenaan suatu ketika dahulu.