Semakin bahagia melayari bahtera perkahwinan, pelakon Bella Dally mengejutkan ramai apabila memuat naik video memaparkan alat ujian kehamilan.

Alat ujian kehamilan itu menunjukkan dua garisan yang bermakna positif hamil.
Rakan artis dan peminat mula teruja dan mengucapkan tahniah kepada Bella dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Buat masa ini Bella masih belum memberikan sebarang kenyataan. Berdasarkan tarikh di dalam video berkenaan, segala persoalan akan terjawab dan mungkin juga ada pengumuman gembira pada 29 Ogos ini.


Jika berita ini benar, kami ucapkan tahniah kepada Bella dan suami. Sama-sama kita doakan agar kesemuanya berjalan lancar.