“Tunggu Surat Saman I..” – Difitnah Sengaja Gugurkan Kandungan Minum Jus Kecantikan, Shuhada Tak Lagi Diam Diri

Hiburan

“Tunggu Surat Saman I..” – Difitnah Sengaja Gugurkan Kandungan Minum Jus Kecantikan, Shuhada Tak Lagi Diam Diri

Sudah anggap berlebihan, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mahu mengambil tindakan saman terhadap seorang individu yang memfitnah dirinya.

Difahamkan, individu terbabit memfitnah Shuhada bahawa dia sengaja mengugurkan kandungan disebabkan ambil jus minuman sebuah jenama produk kecantikan.

Advertisement

ig story shuhada

Dapat dilihat wanita itu memuat naik komen individu tersebut yang mendakwa wanita hamil tidak boleh mengambil jus jenama itu yang dikategorikan sebagai original equipment manufacturor atau pengilang original.

Buat kenyataan tak boleh makan ubat hospital, tapi just OEM? Macam sendiri nak gugurkan baby pula. Tapi dia tetap dipuja sebab makin jelita dan makin kurus.

Tidak lagi mahu berdiam diri, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Sekadar info, Shuhada mengesahkan dirinya alami keguguran anak ketiga pada hari kedua Aidilfitri, dimana ketika itu usia kandungan sudah memasuki 14 minggu.

12 months ago

Didakwa Gugurkan Kandungan, Shuhada Kecewa Difitnah Hafidz - "Takkanlah Saya Nak Buat, Dah Siap Bagi Nama Uwais.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...