Sudah anggap berlebihan, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mahu mengambil tindakan saman terhadap seorang individu yang memfitnah dirinya.
Difahamkan, individu terbabit memfitnah Shuhada bahawa dia sengaja mengugurkan kandungan disebabkan ambil jus minuman sebuah jenama produk kecantikan.
Dapat dilihat wanita itu memuat naik komen individu tersebut yang mendakwa wanita hamil tidak boleh mengambil jus jenama itu yang dikategorikan sebagai original equipment manufacturor atau pengilang original.
Buat kenyataan tak boleh makan ubat hospital, tapi just OEM? Macam sendiri nak gugurkan baby pula. Tapi dia tetap dipuja sebab makin jelita dan makin kurus.
Tidak lagi mahu berdiam diri, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Sekadar info, Shuhada mengesahkan dirinya alami keguguran anak ketiga pada hari kedua Aidilfitri, dimana ketika itu usia kandungan sudah memasuki 14 minggu.