Melalui platform TikTok, ketua aktivis Surplus Pulau Pinang iaitu Ustaz Sophian Mohd Zain, dia ada memuat naik review servis restoran popular, Pak Mat Western di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Servis lambat, ayam sejuk
Ustaz Sophian menegaskan reviu dibuat itu ikhlas dan membeli semua makanan di restoran terbabit menggunakan duitnya sendiri.
Air Spanish Latte harga RM11.90 ni memang sedap, tapi bagi saya dalam saiz yang cukup kecil, saya rasa tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Dalam pada order air Spanish Latte dan sepinggan daging, Ustaz Sophian turut memesan set ayam goreng tetapi berasa kecewa selepas hidangan tersebut sampai ke mejanya kerana sudah sejuk.
Harga tiada masalah. Tapi apa saya naak bagitahu sini, beratur tunggu ayam ni sangat lama. Kalau dapat ayam yang sejuk macam ni, kita nak makan pun hilang selera. Saya rasa tak berbaloi tunggu lama tapi kita dapat hidangan macam ni.
Netizen turut lalui ‘masalah’ sama
Kata ketua aktivis itu, dia sudah lama menyokong PMW dan reviu yang diberikan itu adalah sebagai teguran dan berharap di masa akan datang, servis serta produk yang dihidangkan kepada pelanggan bertambah baik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan bahawa mereka lalui ‘masalah’ yang sama.
Sedar mengenai luahan kesal Ustaz S0phian, Pak Mat Western tampil meninggalkan komen di hantaran tersebut dengan menyatakan pihak mereka mengambil maklum dan akan perbaiki di masa akan datang.