“Tunggu Saja Nanti Saya Kongsikan..” – Hafidz Roshdi Berterima Kasih Atas Ucapan Tahniah, Berita Gembira Menanti

Hiburan

“Tunggu Saja Nanti Saya Kongsikan..” – Hafidz Roshdi Berterima Kasih Atas Ucapan Tahniah, Berita Gembira Menanti

Terkini, sedang hangat digosipkan oleh netizen tentang ura-ura pernikahan pelakon Hafidz Roshdi yang tular sejak Sabtu lalu, tuan badan akhirnya tampil menjawab persoalan tersebut.

Menurut pelakon ini, dia tidak menafikan atau mengiyakan kenyataan tersebut sebaliknya, Hafidz akan memberitahu tentang pernikahannya itu bila tiba masa yang sesuai kelak.

Advertisement

Tunggu saja nanti saya akan kongsikan kepada semua.

Kalau ada yang ucapkan tahniah, saya ucapkan terima kasih. InsyaAllah akan ada berita baik yang saya kongsi nanti.

Ketika dihubungi sumber, berikut merupakan jawapan yang diberikan aktor ini. Berita berkenaan tersebar luas sebelum ini kerana tularnya kad undangan masjlis pernikahan antara Hafidz dan Athira Yuhada yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Meskipun masih tiada kata putus dari aktor tersebut, netizen percaya perkahwinan Hafidz akan diadakan tak lama lagi. Bukan itu sahaja, aktor berumur 29 tahun ini juga akui tahu tentang berita dirinya yang sedang viral di media sosial. Namun begitu, dirinya tetap enggan memberitahu info lanjut.

Terdahulu, Athira sempat didakwa menjadi penyondol rumah tangga aktor dan bekas isterinya, Nurul Shuhada dan merupakan punca perceraian itu.

shuhada
1 year ago

"Saya Sangat Gembira & Berseronok Dengan Kehidupan Kini" - Shuhada 'Malas' Sibuk Berita Perkahwinan Hafidz Roshdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...