Tunggu Luar Rumah Dengan Parang, Ibu Halang AADK Tahan Anak Sedang Khayal

Kehidupan

Tunggu Luar Rumah Dengan Parang, Ibu Halang AADK Tahan Anak Sedang Khayal

Kecoh apabila seorang ibu sanggup menunggu di luar pintu rumah bertemankan parang untuk menghalang penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak menahan dua anaknya yang sedang khayal menghisap dadah.

Kejadian itu berlaku di Batu Kurau, hari ini apabila pihak penguasa dapat mengesan sebelum bertindak untuk menahan mereka.

Advertisement

Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Perak, A Reuben berkata, ibu kepada suspek berusia 60-an itu berjaya dipujuk anggotanya dalam masa 30 minit.

Sementara itu, dua anaknya berusia 18 dan 20 tahun ditahan selepas cuba meloloskan diri dengan memanjat bumbung rumah mereka. Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah penagih tegar yang dikehendaki selepas berjaya meloloskan diri dalam beberapa serbuan sebelum ini.

AADK tahan penagih dadah

“Kerjasama daripada ahli keluarga penting dalam membantu proses pemulihan bagi seseorang penagih dadah”.

“Jika sikap ahli keluarga enggan bekerjasama dengan mempertahankan suspek, ia akan menyukarkan seseorang penagih itu untuk pulih daripada gejala dadah”.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan. Penguatkuasa berjaya menahan 36 lelaki termasuk seorang tokan dadah dalam operasi yang bermula jam 1 pagi hingga 12 tengah hari di Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).

“Suspek diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952”.

Tambahnya, tokan yang berusia 45 tahun tersebut ditahan bersama 55.29 gram dadah disyaki morfin yang dianggarkan bernilai RM1000 mengikut harga pasaran.

“Seramai 35 suspek lain berusia 16 hingga 56 tahun didapati positif dadah jenis ganja, morfin, syabu menerusi ujian saringan awal air kencing dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 pindaan 1998”.

Beliau berkata, usaha membanteras penagihan dan pengedaran dadah di kawasan LMS akan diperhebatkan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan penduduk kawasan itu.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...