“Tunggu Lepas TTMM Habis” – Bekas Suami Siti Saerah Bakal Dedah Isu Sebenar, Enggan Kacau Emosi Amad

Hiburan

“Tunggu Lepas TTMM Habis” – Bekas Suami Siti Saerah Bakal Dedah Isu Sebenar, Enggan Kacau Emosi Amad

“Saya tak mahu menganggu emosi anak-anak. Tunggulah lepas habis Talk To My Manager (TTMM) nanti.”

Itu respons Saiful Anuar, bapa kepada Amad Dayyan, ketika ditanya mengenai kemelut yang sedang melanda keluarganya.

Advertisement

Menurut Saiful, keutamaannya ketika ini adalah memastikan Amad dapat memberikan yang terbaik menjelang konsert akhir TTMM yang bakal berlangsung Ahad ini.

Buat masa ini saya tak boleh nak jawab lagi tentang soalan ini. Saya nak jaga hati anak-anak dan semua pihak.

Tambah Saiful, kali terakhir dia bertemu dengan Amad adalah pada minggu keempat konsert. Namun, mereka masih berhubung melalui panggilan telefon.

Susah nak berjumpa dengan Amad dan anak-anak yang lain kerana saya tinggal di Kuantan. Biasanya hanya berkesempatan bertemu apabila saya datang ke konsert.

Ditanya tentang harapan terhadap Amad yang berjaya mara ke peringkat akhir, Saiful berkata doanya sentiasa mengiringi langkah anak-anaknya.

“Saya Tak Marah Siti Saerah, Tapi Jangan Kerah Amad Sampai Lembik” – Bekas Suami

Babah sentiasa doakan kejayaan anak-anak tak kiralah untuk Ahmad Dayyan, Umairah dan Ayish. Babah doakan semua berjaya di dunia dan akhirat.

Selepas sesi temu bual itu, Saiful sempat bertemu dengan Amad di luar dewan, dan mereka dilihat berpelukan melepaskan rindu.

Terdahulu, hantaran Saiful di Instagram mencetuskan spekulasi mengenai konflik keluarga apabila dia mendedahkan tidak dapat berjumpa dengan anak-anak serta mendakwa ada pihak yang cuba mengerah dan mengambil wang hasil titik peluh mereka.

Namun, Saiful menegaskan hantaran tersebut bukan ditujukan kepada bekas isterinya, Siti Saerah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bekas suami siti saerah
2025-09-23 11:25:29

"Saya Tak Marah Siti Saerah, Tapi Jangan Kerah Amad Sampai Lembik" - Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...