Pendakwah selebriti, Da’i Syed semalam mengumumkan bahawa dia telah dibebaskan daripada tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang wanita.
Perkara tersebut dimaklumkan suami kepada personaliti TV Hana Ismail itu di Instagram di mana Syed ada memuat naik video memaparkan dia menangis teresak-esak ketika membuat panggilan bersama ibunya saat direman pihak polis tidak lama dahulu.
View this post on Instagram
Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail itu turut dilihat berada dalam keadaan tidak terurus dan serabut pada ketika itu.
Alhamdulillah Ya Allah. Setelah tiga tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah dan keluarga saya, hari ini tepat 19 Ramadan, saya dilepaskan, dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Saya kongsikan momen titik terendah saya ketika dalam tahanan dan panggilan video bersama Mama. Benarlah, air hujan yang jernih turun dari awan yang gelap;
Difahamkan, terdapat 18 orang saksi dipanggil memberikan keterangan sepanjang prosiding berlangsung dan mahkamah mengambil keputusan untuk membebaskan Syed setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.