“Tunggu Dekat Rumah, Ada Kejutan Untuk Dia” – Berpisah Lama, Yusuf Bahrin Ada ‘Surprise’ Buat Zizi Kirana

Trending

“Tunggu Dekat Rumah, Ada Kejutan Untuk Dia” – Berpisah Lama, Yusuf Bahrin Ada ‘Surprise’ Buat Zizi Kirana

Pelakon Yusuf Bahrin meluahkan rasa syukur apabila isterinya, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Zizi Kirana, akhirnya selamat pulang ke tanah air selepas hampir dua bulan berpisah kerana menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza.

Ketika ditemui Gempak, Yusuf atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Bahrin, 33, berkata beliau sudah merancang kejutan khas untuk isteri tersayang sebaik tiba di Malaysia.

Advertisement

yusuf bahrin zizi kiranaYusuf bahrin zizi kirana

Alhamdulillah, saya dah jumpa dengan Zizi. Saya cakap dengan dia tunggu dekat rumah, ada kejutan untuk dia.
Insyaa-Allah ada kejutan untuk dia tapi saya tidak dapat nak beritahu apa kejutannya.

Terdahulu, Yusuf tiba di KLIA Terminal 1 bersama konvoi empat buah bas bagi menyambut kepulangan para sukarelawan misi kemanusiaan itu.

Suasana di Balai Ketibaan KLIA turut dibanjiri lebih 2,000 penyokong yang hadir sejak jam 7.30 malam, sambil melaungkan takbir dan “Free Palestine” sebagai tanda sokongan dan penghormatan kepada wira serta wirawati negara yang pulang.

Untuk rekod, seramai 23 sukarelawan Malaysia termasuk Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi, dan Hazwani Helmi dibebaskan pada Sabtu lalu selepas ditahan sejak 2 Oktober oleh tentera Israel ketika misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Mereka berangkat pulang dari Istanbul, Turkiye, dan selamat tiba di KLIA pada jam 10.13 malam disambut dengan penuh air mata dan rasa syukur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-08 07:43:00

Ardell Aryana Tiba-Tiba Rebah Di KLIA Ketika Bawa Anak, Suami Panik Dapatkan Bantuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...