Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tunggakan Cukai Sudah Selesai, Che Ta Sambut Hari Lahir Di London

Tentu ada yang masih ingat lagi apabila Rozita Che Wan ataupun Che Ta kecewa dan sedih kerana tidak dapat menyambut hari jadi anaknya di London sebelum ini kerana masih ada bayaran cukai yang tertunggak.

Advertisement

Namun, kini Che Ta boleh menarik nafas lega dan bergembira kerana bakal menyambut hari jadinya yang ke 44 tahun ini di London selama 10 hari, selepas dengan jayanya menyelesaikan segala tunggakan cukai. Walaubagaimanapun, suami tercinta, Zain Saidin tidak dapat serta kerana tuntutan kerja yang agak penting.

Zain sedari awal memang tidak dapat menyertai rombongan kami kerana dirinya sudah pun terikat dengan komitmen perniagaannya.

Apakan daya, dia memang kena dahulukan kerja. Sedih juga kerana pemergian dan sambutan hari lahir ini tanpa dirinya. Bagaimanapun, suami sudah mengizinkan saya menyambutnya di sana. Saya sudah melunaskan bayaran cukai tertunggak sebelum ini. Jadi, tiada lagi isu saya tak boleh terbang ke luar negara.

Selamat hari jadi kami ucapkan kepada Che Ta dan semoga lebih berjaya dalam setiap apa yang beliau lakukan serta bergembira di London. Harapnya beliau selamat pergi dan balik.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top