Tunda Tarikh Lain Antara Sebab Pendaftar Di Kelantan Tidak Hadir Untuk Menerima Vaksin

COVID-19

Tunda Tarikh Lain Antara Sebab Pendaftar Di Kelantan Tidak Hadir Untuk Menerima Vaksin

Di Kelantan, hampir 10,000 individu rata-rata berusia 60 tahun ke atas tidak menghadirkan diri untuk menerima vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, antara punca kegagalan mereka untuk hadir menerima suntikan tersebut disebabkan masalah kesihatan dan menunda tarikh lain, lapor Harian Metro.

Advertisement

Ada juga yang memberitahu mereka tidak dapat hadir disebabkan masalah peribadi selain tidak memaklumkan sebarang alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Gambar Hiasan

“Kesemua yang tidak hadir mendapat suntikan vaksin ini ialah mereka yang berdaftar bagi fasa kedua”

“Bila dapat senarai sehari atau dua hari sebelum, kami akan menghubungi setiap orang sama ada mereka boleh hadir atau tidak pada masa yang ditetapkan”

Walau bagaimanapun, bukan 100 peratus pihaknya dapat menghubungi individu terlibat kerana terlalu ramai yang mendaftar di aplikasi MySejahtera dan ada juga yang tidak menjawab panggilan.

Pemakluman daripada beliau, sesiapa yang ingin menunda tarikh atau lokasi PPV perlu menghubungi hotline MySejahtera bagi proses pertukaran.

Pun begitu, mana-mana individu yang tidak dapat hadir untuk menerima vaksin pada tarikh janji temu yang sudah ditetapkan, pihaknya akan menghubungi orang lain untuk menggantikan tempat. Hal ini bertujuan supaya tiada pembaziran bekalan vaksin berlaku.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...