Umum mengetahui bahawa, COVID-19 adalah virus yang telah merebak dengan cepat di seluruh dunia sehingga menyebabkan banyak kematian berlaku. Apa yang membuatkan kita lebih terkilan apabila mangsa yang dijangkiti merupakan petugas barisan hadapan yang berjuang selama ini membantu pesakit COVID-19.
Namun dalam tak sedar, itulah yang berlaku ketika ini kerana mereka cukup terdedah dengan pandemik itu.
Terkini, seorang doktor muda di Indonesia Michael Robert Marampe, 28 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.
Beliau dikatakan sempat memberikan kata-kata semangat kepada rakan petugas barisan hadapan suaya terus berjuang menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya setelah mendapati dirinya positif virus tersebut.
“Semangat selalu dokter, perawat, dan semua tim yang mengambil bagian dalam memerangi COVID-19.
Lebih menyedihkan, Dr Michael dikatakan tidak sempat mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya demi menjalankan tugas yang diamanahkan.
Sempat membuat posting terakhir
Menerusi posting tersebut beliau telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada tunangnya yang dikenali sebagai Tri Novia Septiani kerana sentiasa setia berada di samping beliau selama 8 tahun.
Pada awalnya beliau dikatakan telah merancang untuk berkahwin pada 11 April yang lalu. Bagaimanapun, beliau menunda tarikh perkahwinan tersebut susulan penularan wabak itu di Indonesia.
Selain itu, Dr Michael juga dikatakan telah menyimpan hasrat untuk menyanyikan lagu ciptaannya sendiri kepada bakal isterinya di majlis pernikahan mereka namun gagal merealisasikan impian itu.
Aku mencintaimu dan mengasihi mu selalu.
Semoga ahli keluarga terdekat tabah dan bersabar atas kehilangan ini.