“Tunda Debat Dengan Dr Maza, Ada Urusan Lain” – Zamihan

Trending

“Tunda Debat Dengan Dr Maza, Ada Urusan Lain” – Zamihan

zamihan

Sepatutnya muzakarah antara Muftri Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dengan Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin Rabu ini bakal menjadi kenyataan apabila dikhabarkan Zamihan dilaporkan telah memaklumkan pada tarikh yang ditetapkan itu beliau mempunyai tugasan lain.

Advertisement


Menurut Zamihan, pada hari berkenaan beliau telah ditugaskan lebih awal di Penjara Machang, Kelantan untuk memulihkan penjenayah tegar namun menurutnya beliau akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasssim  bagi menetapkan tarikh sesuai dalam minggu ketiga bulan Februari.

“Saya tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa pun. Saya janji akan mengemukakan bukti-bukti autentik tentang esktremisme fahaman wahabi, Insya-ALLAH,”katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Zamihan lagi, selain ada tugasan di Penjara Machang, tarikh debat berkenaan sebenarnya turut tidak mendapat persetujuan beliau terlebih dahulu.

“Shahidan tetapkan masa dan tarikh tanpa persetujuan saya, sebaliknya mereka terus viralkan di dalam media sosial. 

“Sehingga sekarang saya masih belum menerima surat jemputan bagi program itu,”katanya.

z

Zamihan dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan mengenai format wacana berkenaan sehingga kini tidak pernah dibincangkan.

“Bagaimana nak hasilkan resolusi yang boleh dipatuhi bersama dan diterima pakai?”soalnya.

Jelasnya lagi, tiada penglibatan pihak berkuasa keselamatan dan agama juga merupakan antara faktor program tersebut tidak boleh diteruskan.

“Ini membelakangi pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Adakah debat ini memang akan menjadi kenyataan? Jika ya, sama-sama kita nantikan. Debat secara berhikmah dan berilmu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...