Tunangnya Layan Gadis Lain Di Tempat Kerja, Tindakan Wanita Ini Memang Beri Pengajaran Berguna

Trending

Tunangnya Layan Gadis Lain Di Tempat Kerja, Tindakan Wanita Ini Memang Beri Pengajaran Berguna

Bila dah bertunang ni dugaan makin hebat dan mencabar. Darah manis bak kata orang tua-tua. Kadangkala, bila dah bertunang ni kita akan jumpa yang lebih baik. Ada pulak tu bila dah bertunang, terjumpa dengan orang yang betul-betul menepati ciri yang dia nak. Haih, macam tu lah dugaan.

Advertisement

Tapi, bila dah tau seseorang tu tunangan orang, janganlah pulak kita kacau. Tak baik weh. Ibarat macam nak robohkan binaan masjid. Nabi pun tegah kita ganggu tunangan orang lain, tau.

Layan perempuan lain

Saya dilemma dan tak tau nk buat apa. Saya sudah bertunang tapi dalam masa yang sama tunang saya layan perempuan lain di tempat kerja dia.

Kira macam dorang berskandal dibelakang saya. Perempuan tu tau hubungan saya dan tunang sebelum kami bertunang lagi tapi masih tak tau malu mahu berhubungan dengan tunang saya.

Sudah berbuih mulut saya nasihat perempuan tu, saya marah dan warning tapi tetap juga dia kacau dan goda tunang saya.

Jumpa bapa perempuan tu

Saya ada terjumpa bapa perempuan tu dan saya minta tolong dia nasihat anak dia supaya tak kacau lagi tunang saya. Malangnya, perempuan tu masih juga kacau hubungan kami.

Apa function orang tua kalau dah tak boleh betulkan anak yang terang-terang buat salah kan sis? Semua saya dah buat, tapi semua tu macam masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Post gambar

Perempuan tu langsung tiada hati perut dan dengan tak tahu malunya dia post gambar dia dan tunang saya di wechat dia dan mengaku itu cinta dia dengan caption love u sayang. Hati perempuan mana yang tak sakit bila perempuan ketiga kacau hubungan orangkan sis.

Saya nk minta pendapat semua. Apa yang patut saya buat dengan perempuan tu dan tunang saya? Sebab perempuan tu sudah tak tahu malu masih mengacau dan menggoda tunang saya ditempat kerja.

Kalau lelaki tu tak layan maybe perempuan tu takkan berterusan macam tu. Tak leh nak salahkan perempuan tu jugak, kan? Apapun, kena banyak sabar dan baiki hubungan balik. Dah nak dekat nak nikah tu, memang lagi besar dugaannya. Peringatan jugak buat korang yang nak bertunang, kahwin, atau bakal bertunang. Ok geng?

Sumber: Facebook Pesona Pengantin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

3 Comments

  1. Anonymous

    June 21, 2016 at 6:03 pm

    Betul ckp mylo..kalu dua2 tk melayan takkan menjadi..skrg da blh nampak..jgn menyesal di kemudian hari.menyesal di kemudian hari da tk blh undur balik..bila da kawin dan ada anak..lg kesian dekat anak.pilih la suami yg bnr blh bimbing awak utk kebahagian dunia dan akhirat.

  2. Azbd

    June 18, 2016 at 5:14 pm

    Bagi saya, paling baik adalah tegur tunang sendiri.

  3. Mylo

    June 18, 2016 at 1:28 pm

    Kalau sebelum kawin dah berani buat hal terang-terangan apatah lagi dah kawin,xboleh nak salahkan perempuan tu je tunang awk pun nampak mcm layan je,it takes two to tango,ni bukan lagi ujian tapi petanda utk tinggalkan tunang awk tu