Tunang Serah Kepada Shah Jaszle Untuk Selesai Masalah

Hiburan

Tunang Serah Kepada Shah Jaszle Untuk Selesai Masalah

Tunang kepada Shah Jaszle, Redzwani Puteri menyerahkan sepenuhnya kepada pelakon lelaki itu untuk menyelesaikan masalah berhubung kes khalwatnya. Kemelut yang melanda mereka semakin mendalam selepas wanita yang ditangkap khalwat dengan Shah Jaszle muncul membuat kenyataannya sendiri baru-baru ini.

redzwani puteri

Advertisement

Redzwani Puteri memberitahu perkara tersebut menerusi SMS kepada wartawan Mstar Online. SMS tersebut berbunyi:-

Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan.

Ibu Shah Jaszle yang merupakan pengurus pelakon tersebut turut memberitahu yang anaknya akan mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan perkara ini. Kata ibunya:-

Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini

shah jaszle

Diharap Shah Jaszle akan melakukan sidang media itu secepat mungkin. Ini kerana reputasi Shah Jaszle semakin tercalar selepas wanita yang dikenali dengan nama Farah itu tampil menerusi Harian Metro hari ini. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan penjelasan yang bakal diberikan.
ronnaronnaP.S: Hari Raya sudah semakin hampir. Kan cantik kalau satu keluarga pakai baju raya sedondon? Apa kata cuba ushar baju-baju kurung, baju Melayu, jubah dan macam-macam lagi di RonaRonaCollection. Harga berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan. Layari www.ronaronacollection.blogspot.com sekarang juga untuk melihat dengan mata anda sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...