“Tunang Saya Tua 4 Hari Dari Awak” – Umur Hampir Sebaya, Syada Akui Belum Sedia Panggil Ubai ‘Abang’

Hiburan

“Tunang Saya Tua 4 Hari Dari Awak” – Umur Hampir Sebaya, Syada Akui Belum Sedia Panggil Ubai ‘Abang’

Sebelum ini, penyanyi, Shila Amzah mengumumkan bahawa dia dan kekasihnya, Ubai telah selamat mengikat tali pertunangan.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah berkata mereka merancang untuk mengadakan majlis secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Advertisement

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 32 tahun itu turut mengucapkan rasa syukur apabila majlis mereka berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, adik kepad Shila iaitu Syada Amzah sempat mengucapkan tahniah kepada kakaknya menerusi hantaran di Instagram Stories.

Malah, Syada turut berseloroh mengatakan dia enggan memanggil Ubai dengan panggilan ‘Abang’ memandangkan umur mereka yang sebaya.

Belum boleh cakap ‘welcome to the family”, kita ucap tahniah dululah untuk pasangan ni. Tak nak panggil abang!

Tampil membalas hantaran tersebut, Shila meminta adiknya untuk memanggil Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli dengan panggilan ‘Abang’ memandangkan tunangnya itu tua empat hari daripada Syada.

Panggil la abang, tolong la. Kan tunang saya tua 4 hari dari awak!

ubai

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Status Sedih Sekadar Gimik, Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...