October 17th, 2019

Pelakon Intan Najuwa baru-baru ini dikecam teruk seakan “mudah” membiarkan dirinya disentuh lelaki lain apabila foto mesranya berpelukan dengan Zul Ariffin viral di media sosial. Rata-rata netizen juga menganggap aksi itu agak tidak manis apatah lagi dia sudah bergelar tunangan orang . Namun, Intan berkata dia masih tahu menjaga batasnya.

intan najuwa tidak hormat tunang

Terbaru, kenyataan tunangnya Fazrul Anwar Rulis menerusi Insta Story mendapat perhatian ramai. Dia meluahkan rasa kecewa merujuk kepada kontroversi yang terpalit terhadap Intan dan seakan memberikan bayangan seolah pelakon wanita itu tidak menghormati dirinya sebagai tunang.

intan najuwa tidak hormat tunangTerdahulu, foto mesra yang memperlihatkan Zul meletakkan tangan di paha Intan menimbulkan rasa kurang senang netizen. Namun, Intan berkata dia sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen yang cuba melaga-lagakan hubungan dia dan tunang.

Sumber Berita : Rotikaya


25 responses to “Tunang Luah Rasa Kecewa Intan Najuwa Tidak Hormati Dirinya”

  1. Anonymous says:

    Cari yg sekufu la bro.. Tua sama tua, retis ngn retis, ustaz ngn ustazah…tango yg sama!! Sorang zumba sorang taichi, payah lerr..
    Betulkn diri sndri dulu, sblum nk demand ‘respect’.

  2. nani says:

    adat artislah kan..bukan suppose bole terima ke.kawin cepat dan stop berlakon..senang citer

  3. Fah says:

    Kenapa tiada ustaz/ustazah famous menegur artis wanita yang selalu peluk transgender (lelaki tapi dah jadi perempuan)? Itu pun salah juga okay. Tengok ada satu pelakon wanita popular tu hampir semua kawan baik dia transgender, dia pegang peluk, laga pipi dihadapan suaminya lagi. Best friends forever katanya. Till Jannah. Mungkin suaminya okay lah kot, sebab suaminya pun pelakon lelaki popular. Pelakon kahwin pelakon, kata orang lebih memahami. Ya tak?

  4. ikan says:

    syabas to tunangnya. elok la pun bersuara dan tegas sikit. kalau tak selagi tu la perempuan tu buat ko macam tunggul yang boleh mengeluarkan duit.

  5. Nasi kandaq says:

    ??????

Loading...