Kecoh mengenai foto aksi ‘terlebih mesra’ antara pelakon Intan Najuwa dan Zul Ariffin basah lencun mandi laut. Pada awalnya ramai yang menyangka ia mungkin gimik bagi melariskan drama lakonan mereka iaitu Setelah Ku Dimiliki. Foto itu menjadi kontroversi apabila pengarah drama tersebut, Osman Ali tampil mengesahkan babak mandi itu tiada langsung dalam drama lakonan mereka.
Aksi panas itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Ia dianggap keterlaluan dan tidak manis terutama sekali kerana Intan sudah pun bergelar tunangan orang.
Bagaimanapun, tunang kepada Intan iaitu Razrul Anwar Rulis enggan memberikan sebarang komen mengenai foto ‘panas’ berkenaan. Menurutnya, sesiapa pun mempunyai hak untuk memberikan pandangan masing-masing mengenai isu hangat itu.
About the photos? Sorry, saya tiada apa nak komen. This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam.
Menerusi foto yang tular, dapat lihat Zul mendakap erat heroinnya itu dengan penuh intim. Meskipun pelbagai spekulasi timbul dan dihimpit kontroversi hangat, kedua-dua pelakon itu belum tampil memberikan penjelasan.
Pehal
November 12, 2019 at 8:51 am
Eeee geli!!
Anonymous
November 11, 2019 at 6:13 pm
Bkn zul ni dlu ckp xnk brsntuhan dgan prempuan bkn muhrim ke wktu tgh brlakon??klo xbrlakon bleh plak sentuh2 pgang2??manusia jibai
maria
November 11, 2019 at 3:51 pm
Kalau dah tau perkara tu tak baik tapi dok buat juga, tanggung En tunang ooiii…
maria
November 11, 2019 at 3:49 pm
En tunang tengok saje apa si tunang lakukan, kami ni kesian kat En tunang tu yg dok bagi nasihat, x ada perempuan lain kah nak bini chek oii….