Keputusan Emma Maembong untuk membuka tudung selepas lima tahun berhijab mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen. Bagaimanapun, isu hangat itu sudah agak reda dan tidak lagi menjadi buah mulut ramai.
Terbaru, Emma kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya. Menerusi akaun Instagramnya, Emma sempat berkongsi foto beliau dan bapanya.
Tenang melihat Emma menutup aurat, rata-rata netizen mendoakan agar Emma terbuka pintu hatinya untuk kembali berhijab satu hari nanti.
Namun, ada juga meninggalkan komen berbaur sindiran dan agak biadap terhadap Emma.
Ketika seseorang itu melakukan ibadah, kita sepatutnya doakan yang baik-baik. Buat Emma, pedulikan kata-kata negatif netizen dan semoga urusan ibadah anda di Tanah Suci berjalan dengan lancar.