Umum mengetahui mengenai perkahwinan terbaru penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) bersama lelaki pilihan, Tiko baru-baru ini.
Usai saja bernikah, kedua-duanya dilihat berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah meskipun ianya terpalit sedikit dengan kontroversi.
Tunai umrah untuk arwah suami, Ashraf Sinclair
Terbaru, penyanyi jelita itu memaklumkan bahawa umrah yang dilakukan bersama-sama suami dan anaknya itu bukanlah ibadah untuk diri sendiri tetapi untuk Allahyarham Ashraf Sinclair.
Perkara itu turut dikongsikan BCL menerusi satu hantaran di Instagram untuk tatapan peminat di media sosial.
Alhamdulillah, malam ini (kelmarin) menjalankan ibadah umrah untuk Ashraf. Insya-Allah diterima oleh Allah S.W.T.
Dia juga ada menzahirkan perasaan bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bersama keluarga.
Bunga Citra Lestari dilaporkan berangkat ke Mekah bersama suami, Tiko Aryawardhana, anak lelaki Noah Aidan Sinclair serta ibunya, Emmy Muchlis pada 31 Disember lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.