Tun Mahathir Doakan Kesembuhan Jamal Yunos, Minta Orang Ramai Berhenti Ungkit Kisah Silam

Kehidupan

Tun Mahathir Doakan Kesembuhan Jamal Yunos, Minta Orang Ramai Berhenti Ungkit Kisah Silam

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan kesembuhan Datuk Jamal Md Yunos, yang kini sedang berjuang melawan barah tahap empat.

Dalam hantaran di media sosial, Tun M menegur pihak yang mendesak Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu supaya meminta maaf kepadanya, meskipun Jamal kini terlantar di hospital.

Advertisement

Menurutnya, perkara lalu tidak perlu diungkit, terutama ketika seseorang menghadapi kesukaran.

Sebaliknya saya rasa perlu kita doakan semoga Datuk Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Datuk Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya.

Difahamkan, kesihatan Jamal semakin merosot apabila sel barah yang sebelum ini berada di paru-paru telah merebak ke otak, dengan ketumbuhan berukuran kira-kira tiga sentimeter.

Beliau kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang selepas penyakit itu dikesan melalui ujian MRI, susulan sakit leher dan kepala yang dialaminya ketika memasak di rumah.

Sejak September 2022, kesihatannya semakin merosot, menyebabkan kelemahan badan dan penurunan berat badan yang ketara.

Untuk rekod, Jamal sebelum ini merupakan pengkritik keras Tun Mahathir ketika pemimpin veteran itu menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada tahun 2018.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 days ago

Kesihatan Jamal Yunos Merosot, Kanser Paru-Paru Merebak Ke Bahagian Otak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...