Tun Mahathir Antara 100 Individu Berpengaruh

Trending

Tun Mahathir Antara 100 Individu Berpengaruh

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merangkul gelaran sebagai salah seorang individu paling berpengaruh bagi tahun 2019 dalam senarai tahunan oleh majalah TIME.

Senarai ‘100 Most Influential People’ dikeluarkan setiap tahun oleh TIME sebagai penghormatan kepada individu-individu berpengaruh daripada pelbagai latar belakang.

Advertisement

Antara individu ternama dalam bidang politik yang turut tersenarai adalah Presiden Donald Trump, pemimpin China Xi Jinping, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dan ahli kongres wanita Amerika Syarikat paling muda, Alexandria Ocasio-Cortez.

Turut tersenarai adalah ikon dalam bidang muzik seperti Lady Gaga, Ariana Grande, Khalid dan Taylor Swift.

Kemasukan kumpulan K-Pop BTS dalam senarai tersebut turut diraikan oleh peminat ARMY.

Antara yang lain termasuk ikon dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Lebron James, pemain bola sepak Liverpool tersohor, Mohamed Salah dan pemain tenis Naomi Osaka.


Bagi bidang filem pula, pelakon seperti Sandra Oh, Rami Malek, Dwayne Johnson, Emilia Clarke, Yalitza Aparicio antara yang tersenarai oleh TIME.

Tahniah Tun Dr  Mahathir.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...