Melalui laporan Malaysia Gazette, baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Parlimen.
Ugut Anwar bubarkan Parlimen, adakan PRU
Jika keputusan itu diambil, ia sekali gus akan membolehkan pilihan raya umum (PRU) dilaksanakan.
Dalam pada itu, Tun M berkata Anwar tidak perlu berasa bimbang kerana penyokong kerajaan mendakwa hanya 15,000 peserta yang menyertai perhimpunan ‘Turun Anwar’ pada Sabtu lalu.
Dia tentu menang. Dengan PRU, Anwar akan tahu rakyat sokong dia atau tidak. Anwar bukan pilihan rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia jadi PM kerana menghentikan perbicaraan seorang pemimpin supaya ia boleh bawa partinya sokong Anwar.
Diugut & diberi amaran
Dakwanya lagi, PMX berani membuat cabaran supaya usul tidak percaya berlaku di Parlimen dan mendakwa semua ahli Dewan Rakyat yang menyokong Anwar berasa takut tindakan akan diambil terhadap mereka jika tidak memberi sokongan.
Mereka tidak bebas. Sebab itu Anwar boleh menang kalau usul tidak percaya kepadanya dibahas dalam parlimen. Ahli UMNO yang menyertai perhimpunan raksasa pun sudah diugut, diberi amaran.