Tun M Letak Jawatan Kerana Enggan Kerjasama Dengan UMNO – Lim Guan Eng

Trending

Tun M Letak Jawatan Kerana Enggan Kerjasama Dengan UMNO – Lim Guan Eng

Parti DAP menyatakan pendirian memberi sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus kekal menjadi Perdana Menteri.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata DAP akan membawa syor itu ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijangka diadakan malam ini di ibu pejabat PKR.

Advertisement

dap sokong tun m kekal jadi perdana menteri

Menurut Lim Guan Eng, pihaknya menolak keras perbuatan khianat beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu menubuhkan kerajaan baharu melalui pintu belakang. Malah, usaha itu sebenarnya turut ditentang oleh Tun Dr Mahathir.

Tun M letak jawatan kerana enggan bekerjasama dengan UMNO?

dap sokong tun m kekal jadi perdana menteri

Menerusi sidang media tergempar DAP, Lim Guan Eng turut memaklumkan Tun Dr Mahathir letak jawatan kerana beliau tidak mahu bekerjasama dengan kepimpinan UMNO selepas kerajaan PH telah bekerja keras menewaskan parti tersebut pada PRU 14 pada tahun 2018.

Malah, pihaknya memuji prinsip dan pegangan Tun Dr Mahathir itu.

Ini adalah kali pertama Perdana Menteri Malaysia bersedia untuk meletakkan jawatan mengikut prinsip bagi menegakkan integriti dan memerangi rasuah.

Tengah hari tadi, Tun Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta.

Sumber Berita : Astro Awani & Bernama

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...