Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9KM Sempena Sambut Kelahiran Ke-100 – “Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak..”

Berita

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9KM Sempena Sambut Kelahiran Ke-100 – “Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak..”

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad dilaporkan keletihan selepas kayuh basikal sejauh sembilan kilometer dalam sebuah program Picnic & Potluck sempena sambutan hari kelahirannya yang ke-100 dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah yang ke-99 di Tasik Putrajaya, pagi tadi.

Tun M tinggalkan program awal, tak larat selepas kayuh basikal 9km

Difahamkan dari laporan Harian Metro, Tun M telah tiba di sana seawal jam 7.45 pagi dengan memandu sendiri dan sempat kayuh basikal secara ‘tandem’ dengan pegawai keselamatan khas, sebelum beliau berehat untuk menikmati sarapan ringan.

Advertisement

Bagaimanapun, keadaan tidak berpihak kepadannya apabila Tun M dikhabarkan terpaksa meninggalkan program pada jam 10 pagi untuk pulang dan rehat di rumah.

Menurut anak Tun M iaitu Mokhzani, ayahnya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, sebaliknya hanya keletihan kerana hadiri satu acara malam sebelumnya dan kurang tidur.

Netizen bimbang, persoal pengatur acara

Susulan video memaparkan Tun M kelihatan tular di platform TikTok, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan persoalkan pengatur acara yang menyuruh bekas Perdana Menteri itu mengayuh basikal sejauh 9km.

komen

anwar ucap hari lahir ke 100 buat tun m
2025-07-10 13:34:31

"Semoga Allah Terus Merahmati Tun.." - Anwar Ibrahim Titip Doa Ulang Tahun Ke-100 Buat Tun Mahathir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...