Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata media antarabangsa tidak sepatutnya mengkritik Malaysia dan syarikat penerbangan nasionalnya berhubung cara mereka menangani kehilangan pesawat penerbangan MH370.
“Memang mudah untuk mengkritik tetapi kita menghadapi satu keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia.
“Jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat ini), itu bermakna Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan negara-negara lain (yang membantu usaha mencari dan menyelamat) juga gagal, kenapa anda tidak menyalahkan mereka juga,” katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel dalam program Siri Bicara Profesional bersama Tun Dr Mahathir di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pesawat Boeing 777-200ER yang sedang dalam penerbangan ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata misi mencari dan menyelamat pesawat itu dikendalikan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.
Dr Mahathir berkata beliau telah melawat anggota keluarga penumpang penerbangan itu dan keperluan mereka dijaga dengan baik oleh Malaysia Airlines, kerana mereka juga memenuhi permintaan untuk menjaga sehingga lima orang bagi setiap keluarga.
Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang teori berhubung operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu kerana ia tidak membantu keadaan.
“Dapatkan fakta dan jangan kita suka membuat teori, ia tidak membantu sesiapapun,” katanya.
kaki ular
March 13, 2014 at 10:53 pm
ular sawa – biadap
menunjuk kn seluruh keturunan ny biadap
hanya berani dialam maya
dayus pengecut dialam nyata
i hate ularsawa
March 13, 2014 at 9:44 pm
Hei ULARSAWA sebenarnya kau kurang cerdik..
komen kau nampak macam kau ni kurang ilmu pengetahuan..
Satu lagi kau ada masalah pendengaran dan tak tahu membaca
ckp vietnam undur diri (berita cakap lain tapi kau yang tak paham)
Jangan buat2 pandai padahal kurang cerdik..
hamba Allah
March 13, 2014 at 8:50 pm
Terima kasih atas pejelasan tun m..
ulartedung
March 13, 2014 at 4:56 pm
Ularsawo,apee katee Mike je yg pg mncari n mnyelamat??? Manee tau mike blh dpt info tepatt??? Sengal! Klu xtau baik ko diam! Sengal ubi tul!
ulartedungpatukularsawa
March 13, 2014 at 7:51 pm
info salah wehys.. ko keje mas ape?? nk menipu beragak lar..ko ade dendam kan sb ko xblh naek mas sb tu ko duk ckp pelik2 ni..kesian ko ni. baek ko duk diam2 ja.. xdak ilmu xyh ckp ape2 bt malu bangsa ja
Anonymous
March 13, 2014 at 4:16 pm
Bermike2 pulok ularsawa ni.. ko ni negatif r..