Tun M Bidas Media Luar Tentang Isu MH370

Trending

Tun M Bidas Media Luar Tentang Isu MH370

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata media antarabangsa tidak sepatutnya mengkritik Malaysia dan syarikat penerbangan nasionalnya berhubung cara mereka menangani kehilangan pesawat penerbangan MH370.

Advertisement

“Memang mudah untuk mengkritik tetapi kita menghadapi satu keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia.

“Jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat ini), itu bermakna Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan negara-negara lain (yang membantu usaha mencari dan menyelamat) juga gagal, kenapa anda tidak menyalahkan mereka juga,” katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel dalam program Siri Bicara Profesional bersama Tun Dr Mahathir di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Pesawat Boeing 777-200ER yang sedang dalam penerbangan ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata misi mencari dan menyelamat pesawat itu dikendalikan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.

Advertisement

Dr Mahathir berkata beliau telah melawat anggota keluarga penumpang penerbangan itu dan keperluan mereka dijaga dengan baik oleh Malaysia Airlines, kerana mereka juga memenuhi permintaan untuk menjaga sehingga lima orang bagi setiap keluarga.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang teori berhubung operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu kerana ia tidak membantu keadaan.

“Dapatkan fakta dan jangan kita suka membuat teori, ia tidak membantu sesiapapun,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

30 Comments

  1. ularsawa

    March 13, 2014 at 3:52 pm

    Memey le mike beck up.. Mike pernah jadi penasihat kat sana. Masaalahnya orang luar tu kecoh sbb sikap MAS yg kalau tak silap saya bagi maklumat tak betul. Sampai vietnam sendiri berundur dalam usaha mncari. Mike tak usah nak salahkan orang luar tapi sepatutnya mike bagi nasihat kat MAS. Mike ingat mereka org luar nak dengar ckp mike. Teman sendiri pun dah cuak dengan sikap sambil lewa MAS ni sampai org luar marah. Ateh.. Marah je tak mengape teman takut apa apa pun boleh jadi sbb org luar tu senjata semua komplet.. Tak kan kita nak lawan dengan mulut je.. Ish tak terdaya teman dengornye.

    • jerry

      March 13, 2014 at 4:01 pm

      ularsawa…cuba kalau u keje kat mas..apa u rasa?mcm tau2 je mas kasi info x betul…just pray for them ok!!

    • anaconda

      March 13, 2014 at 4:19 pm

      MAS adalah 7 antara airlines yg terbaik di dunia… And sentiasa tersenarai dlm 10 airlines terbaik di dunia dari tahun 1937 dan pernah tersenarai top 3.. Of course org di luar sana mempertikaikan utk mencari kesalahan MAS coz dr tahun 1937 hinggan skrg hanya 2 case sahaja melibatkan kematian.. 1st hijacked di johor tahun 1977 and 2nd crash di tawau tahun 1955.. Now anda semua boleh nilai mengapa ramai reporter yg sibuk and buat kecoh and mempertikaikan kesalahan MAS.. Just only 2 cases from 1937 – 2014.. And by the way vietnam bkn tarik diri tp menangguhkan misi mereka SEMENTARA kerana tunggu KOD Tentera Malaysia utk diberikan tugas yg seterusnya… Orang yg ada ilmu hanya boleh komen hal2 mcm ni.. Bknnye kita or org2 yg berfikiran negative all the time.. And last word ULASAWA U’RE SUCKS FROM MALAYSIA…

    • anaconda

      March 13, 2014 at 4:21 pm

      MAS adalah 7 antara airlines yg terbaik di dunia… And sentiasa tersenarai dlm 10 airlines terbaik di dunia dari tahun 1937 dan pernah tersenarai top 3.. Of course org di luar sana mempertikaikan utk mencari kesalahan MAS coz dr tahun 1937 hinggan skrg hanya 2 case sahaja melibatkan kematian.. 1st hijacked di johor tahun 1977 and 2nd crash di tawau tahun 1955.. Now anda semua boleh nilai mengapa ramai reporter yg sibuk and buat kecoh and mempertikaikan kesalahan MAS.. Just only 2 cases from 1937 – 2014.. btw vietnam bkn tarik diri tp tangguhkan misi utk SEMENTARA coz tggu KOD dr tentera Malaysia utk dberi tugas yg seterusnye… Pls komen guna akal bkn guna akal kat lutut ko ULARSAWA..!!

    • anaconda

      March 13, 2014 at 4:25 pm

      MAS adalah 7 antara airlines yg terbaik di dunia… And sentiasa tersenarai dlm 10 airlines terbaik di dunia dari tahun 1937 dan pernah tersenarai top 3.. Of course org di luar sana mempertikaikan utk mencari kesalahan MAS coz dr tahun 1937 hinggan skrg hanya 2 case sahaja melibatkan kematian.. 1st hijacked di johor tahun 1977 and 2nd crash di tawau tahun 1955.. Now anda semua boleh nilai mengapa ramai reporter yg sibuk and buat kecoh and mempertikaikan kesalahan MAS.. Just only 2 cases from 1937 – 2014.. btw vietnam bkn tarik diri.. tp tangguhkan misi utk SEMENTARA coz tgu KOD dr Tentera malaysia utk misi seterusnya… ULARSAWA pls berckp menggunakan akal.. bkn akal ULAR ko tu ye..

    • Norlie

      March 13, 2014 at 4:11 pm

      vietnam tarik diri? setahu saya vietnam masih meneruskan usahasama membantu misi SAR MH370 ni..xtgk tv yer…ke nk ckp tv tu tipu..konspirasi…huhu

    • Anonymous

      March 13, 2014 at 9:14 pm

      jgn percaye tv 100% ye…

    • apa2ajelah

      March 14, 2014 at 9:04 am

      kalau x percya tv 100% dekat mana nak percaya 100%, paper? radio? majalah? sms berantai? atau ko sendiri yang x bertamadun sebarkan “fakta”… semuanya ada kelemahan lah… kalau ko kata media yang “hanya ko percayai” sorry to say… u are fool.

    • apa2ajelah

      March 14, 2014 at 9:09 am

      kalau x percya tv 100% dekat mana nak percaya 100%, paper? radio? majalah? sms berantai? atau ko sendiri yang x bertamadun sebarkan “fakta”… semuanya ada kelemahan lah… kalau ko kata media yang “hanya ko percayai” tu betul … sorry to say… u are fool.

    • ularkapak

      March 13, 2014 at 4:13 pm

      Ni ad bradik bomoh laksamana kt klia smlm.sb sume dia thu.kurg kn ckp lbh kn kje

    • Megat_Komeng

      March 13, 2014 at 4:14 pm

      Ko ni kelakar la…sesuai apply jadi CEO MAS…

    • Kimy

      March 13, 2014 at 4:21 pm

      Yg kau ni bahlol menaip nie kenaper??
      Mike…mike….saper mike??? mike tyson???

    • ular lidi

      March 13, 2014 at 7:17 pm

      apabenda ko tulis ni ular sawa???? Fakta ke AUTA?????

    • hamba allah

      March 13, 2014 at 7:45 pm

      ckp pm xbtl.. jenis xselidik.. dia bkn undur dia stop kejap..kecoh ja.. pandai bt kecoh padahal ko x bt ape2 pm nk tlg tp ko yg kecoh lbh.. jenis org melayu yg xsedar diri

    • kompiussss

      March 13, 2014 at 9:04 pm

      Mende la ulo sawe ni…klu x suka Tun Dr M,x pyh nk belitkan fakta..bila ms Mas bg fakta x btl????kurang maklumat la dolllllll……tu pun nk spin lg cite….
      Apa2 pun Tun Dr M sentiasa memberikan pendapat yg bernas…terbaikkkkkk….

  2. Pingback: Tun M Bidas Media Luar Tentang Isu MH370 | PautanPautan

  3. ain

    March 13, 2014 at 3:15 pm

    Terima Kasih Tun, inilah satu nasihat atau ucapan yg sepatutnya diteladani. Sepatutnya kita menyokong segala usaha yg dilakukan oleh pihak berkuasa malaysia

  4. tun teja

    March 13, 2014 at 2:59 pm

    love tun m

  5. Jebat

    March 13, 2014 at 2:56 pm

    Saya sokong Tun M… Depa ni tau nak mengkritik je.. Kalau anak kucing depa hilang kat rumah pun.. berhari2 juga nak cari anak kucing tu..

Loading...