Tun Dr Mahathir Turut Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Bersatu

Trending

Tun Dr Mahathir Turut Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Bersatu

Sebentar tadi kita dikejutkan dengan berita dimana Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 1 tengah hari.

Pada jam 3.11 petang tadi, satu lagi kenyataan media telah dikeluarkan memaklumkan Tun Dr Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Advertisement

Kenyataan tersebut telah dikongsikan di laman Twitter milik @chedetofficial. Difahamkan, peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Pejabat Pengerusi Bersatu telah mengesahkan perkara berkenaan namun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro & Twitter Tun Dr Mahathir Mohamad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...