Tun Dr Mahathir Kecewa Dengan Sikap Pengotor Rakyat Malaysia

Kehidupan

Tun Dr Mahathir Kecewa Dengan Sikap Pengotor Rakyat Malaysia

Tahukah anda semua tandas awam adalah cerminan diri kita yang sebenar. Kerana apa? Ini adalah sikap kita sebagai penduduk di Malaysia yang tidak menjaga kebersihan.

Kami percaya, rata-rata dari kita tiada yang suka dan berasa selesa apabila memasuki sebuah tandas yang kotor. Lebih menjijikkan sekiranya bau yang kurang disenangi diiringi dengan visual yang boleh menyesakkan dada.

Advertisement

Apa yang paling mengejutkan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah menyuarakan kekecewaan beliau mengenai masalah tandas awam kita yang kotor.

Tun Dr Mahathir mengakui beliau berasa malu dengan keadaan tandas di Malaysia yang kotor dan berbau busuk.

Beliau turut membandingkan mengapa Malaysia sebuah negara Islam tidak menitik beratkan kebersihan tandas berbanding dengan negara Jepun yang majoritinya bukan islam mampu mengekalkan kebersihan tandas awam mereka.

Bagi pengalaman Amazingnara sendiri, rata-rata rakyat Malaysia tidak mempunyai sifat tanggungjawab. Apa yang mereka rasa, tukang cuci ada untuk bersihkan tandas.

Sebagai manusia kita perlu memudahkan tugas orang lain dalam sesuatu urusan. Bukannya menyusahkan mereka.

Advertisement

Buang air sesuka hati

buang air sesuka hati

Contohnya tabiat anda semua semasa menggunakan tandas. Segelintir dari mereka tembak tak kena pada sasaran sehingga peluru bertaburan di merata-rata tempat. Sepatutnya anda membuang di dalam lubang tandas.

Tak sangkut semula paip air lepas guna

tak sangkut lepas guna

Lagi satu, ada dalam kalangan anda yang sering terlupa nak sangkutkan balik paip air yang digunakan. Kalau rasa kotor, macam mana boleh pakai sebelum tu? Mesti pegang jugak kan? Alang-alang sangkutlah balik. Senangkan tugas tukang cuci.

Jirus tandas semula jika ada sisa buangan

jirus tandas semula
Selepas menggunakan tandas, mereka juga tidak pandai menjirus semula. Adakah anda suka biarkan buangan diri sendiri dilihat oleh pengguna lain? Orang jadi jijik dan hendak muntah bila lihat selepas itu.

Mencangkung di tandas duduk’

mencangkung di mangkuk tandas duduk

Demi menyenangkan masyarakat, kerajaan sediakan tandas duduk. Tetapi ada segelintir masyarakat kita yang berak mencangkung hingga menyebabkan tempat duduk kotor kesan tapak kaki.

Tidak pam tandas

tidak flush tandas lepas guna

Advertisement

Punca tandas berbau busuk juga sebab mereka tak reti pam tandas lepas kencing atau berak.

Buang sampah rata-rata

buang sampah sesuka hati

Tisu yang dicalit dengan najis dibuang didalam lubang tandas. Dengan lubang yang kecil, boleh bayangkan tak kalau tandas tu tersumbat?

Apa yang Amazingnara boleh simpulkan di sini kita masih belum moden! mentaliti kita masih tak berubah.

Malaysia boleh dikategorikan sebagai kotor manakala tiga daripadanya sederhana bersih. Jarang untuk kita jumpa sebuah tandas awam yang boleh dipuji tahap kebersihannya.

Islam juga mengajar kita untuk menjaga kebersihan. Jadi sebagai negara Islam kita sepatutnya memaparkan contoh yang terbaik. Ini tidak negara bukan Islam menjaga kebersihan daripada kita.

Jadi, berubahlah agar kita semua tidak dilobi sebagai pengotor!

 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...