Tun Dr Mahathir Belum Dapat Maklumat Sebenar Dakwaan Ijazah Palsu Marzuki Yahya

Trending

Tun Dr Mahathir Belum Dapat Maklumat Sebenar Dakwaan Ijazah Palsu Marzuki Yahya

Baru-baru ini, satu akaun Facebook mendedahkan Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahya menipu tentang kelayakan akademik beliau. Marzuki tidak pernah mengikuti program pengajian jarak jauh bagi kursus pentadbiran perniagaan di University of Cambridge.

Advertisement

Tampil menafikan dakwaan memiliki ijazah palsu, Marzuki menjelaskan beliau mendapat kelulusan daripada Cambridge International University (CIU) di Amerika Syarikat bukannya University of Cambridge di United Kingdom.

Malah,  beliau juga tidak perah memasukkan maklumat mengenai latar belakang pendidikanny seperti yang ada di Wikipedia. Marzuki juga turut menyertakan bukti transkrip rekod akademik dan sijil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Logistik) CIU.

Susulan isu hangat ini,  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya belum lagi menerima maklumat lanjut mengenai dakwaan ijazah palsu Marzuki.


Dalam pada itu, Setiausaha  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan sokongan mereka terhadap Marzuki. Mereka menyokong sikap kepimpinan yang ada dalam diri Marzuki dan bukannya pendidikan beliau.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Astro Awani & Mstar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...