Tumpangkan “Seseorang” Naik Kereta, Polis Marin Ditemui Kebingungan & Duit Diberi Jadi Daun

Trending

Tumpangkan “Seseorang” Naik Kereta, Polis Marin Ditemui Kebingungan & Duit Diberi Jadi Daun


sekadar gambar hiasan

Seorang anggota polis marin yang telah dilaporkan hilang dua hari lalu telah ditemui dalam keadaan kebingungan di kawasan Sungai Rambai Melaka.

Advertisement

Dia dikatakan hilang selepas menumpangkan seorang wanita dengan seorang kanak-kanak dia mana wang yang dibagi oleh ‘penumpang’ berkenaan menjadi daun dan pihak polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan kejadian mistik.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, polis marin berkenaan dipercayai hilang ketika pulang dari Hospital Putra Batu Pahat ke Muar selepas menghantar isterinya.

“Kira-kira 6.30 pagi, Rahim balik seorang diri dari hospital Putra Batu Pahat ke Muar. Namun, dia tidak ke pejabat atau pulang ke rumahnya selepas itu.”

“Pasukan Polis Marin Muar mencarinya dari laluan Batu Pahat ke Muar namun gagal. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi,” katanya.

Mangsa berjaya ditemui semula di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Rambai Melaka kira-kira 12.10 tengah hari selepas mengesan isyarat telefonnya.

“Mangsa dikatakan kebingungan dan memberitahu ketika balik dari Hospital Putra Batu Pahat, menumpangkan seorang wanita dan seorang anak.

“Ketika turun dari kenderaan, wanita berkenaan memberi wang kepada mangsa ketika dijumpai, mangsa mendapati duit berkenaan adalah daun, mangsa tidak mengalami sebarang kecerderaan.” kata Abdul Wahib.
Sumber: Harian Metro, Bernama & SK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...