Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tumpang Bahagia Atas Kebahagiaan Rakan Artis, Syafiq Kyle Ulas Hubungannya Bersama Mimi Lana

Pelakon Syafiq Kyle mengakui bahawa dia tumpang gembira di atas kebahagiaan rakan seperjuangannya dalam industri seni iaitu Kamal Adli yang berani tampil memateri cinta dengan Uqasha Senrose yang bakal menuju ke gerbang perkahwinan.

Syafiq,28, turut berkata bahawa dia tidak menyangka akan menyaksikan adegan indah antara pasangan itu apabila Kamal membuat kejutan dengan melamar kekasihnya itu secara langsung ketika di pentas Anugerah MeleTOP 2020.

Advertisement

Meskipun sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan Uqasha sebelum ini, namun Syafiq tetap profesional dan ikut gembira dengan kebahagiaan pasangan itu.

Dia dalam pada itu turut meminta peminat di luar sana agar mendoakan kebahagiaan dirinya pula.

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

“Doakan juga saya bahagia dan saya doakan semua orang menemui kebahagiaan yang dicari.”

Advertisement

Syafiq Kyle turut ditanyakan mengenai hubungannya dengan pelakon Mimi Lana yang sebelum ini dilaporkan putus di tengah jalan, dan hanya berani memberikan jawapan selamat kepada media.

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

“Apa yang boleh saya katakan, kami banyak projek bersama. Dan kini dalam proses perbaiki hubungan. Doakan saya, secara umum dapat bahagia dan satu hari nanti dapat mendirikan rumah tangga.”

Pada malam itu, Anugerah MeleTOP 2020 telah menyaksikan Syafiq Kyle berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Pelakon Filem MeleTOp menerusi filem Pusaka dan juga Fesyen MeleTOP.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama