Hidup berjiran sudah pasti akan berdepan dengan pelbagai situasi yang tak disangka lagi-lagi jika berada di luar negara yang dikelilingi dengan ‘mat saleh’.
Seorang wanita dikenali sebagai Nor Azryana berkongsi satu momen lucu melalui group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini dimana dia yang menetap di Kanada sedang memasak daging dendeng di balkoni rumahnya.
Menurutnya, dia terpaksa memasak di bahagian koridor rumahnya kerana suaminya yang bukan berasal daripada Malaysia tidak biasa dengan bau-bau masakan Malaysia.
“Masak daging dendeng kat balkoni sebab ada orang dalam rumah complaint mata dia pedih masa saya tumis cili.”
Jiran ‘mat saleh’ pula yang terbersin
Namun, apa yang melucukan ialah ketika dia memasak di ruangan balkoni, jirannya terhidu bau masakan itu sampai terbersin-bersin dibuatnya.
“Tengah masak kat luar pulak terdengar bunyi orang terbersin-bersin, pastu cakap “bau apa ni?”
Perkongsian itu memang cukup menghiburkan netizen sampai ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama ketika berjiran dengan bukan orang Malaysia.
Pada akhir perkongsian itu, Azryana sempat berseloroh mengatakan bahawa sudah nasib jirannya dapat jiran orang Melayu dan dia nak goreng ikan masin pulak untuk hari lain.
Hidup berjiran ini memang penuh dengan ragam tapi suasana seperti ini lah yang dapat lebih mengenali dengan orang sekeliling.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara