Pelakon bertubuh sasa, Ammar Alfian dilaporkan telah didenda sebanyak RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di atas pertuduhan iaitu mencederakan pemandu van serta melakukan khianat pada sebuah van dengan menggunakan kayu besbol.
Pelakon filem Paskal itu dijatuhkan hukuman tersebut oleh Majistret S. Mageswary selepas dia mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut.

Jika gagal membayar denda, Ammar boleh dikenakan hukum penjara selama tempoh dua bulan.
Menurut fakta kes, Ammar telah mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad menggunakan kayu besbol sehingga syarikat penghantaran itu mengalami kerugian sebanyak RM777.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Nur Aimin Mohd Noor,31, di Jalan Budiman Cheras, pukul 1.45 tengah hari pada 5 April lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ammar juga difahamkan telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan dan telah selesai membayar denda yang dikenakan terhadapnya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
anonymous
November 2, 2021 at 4:29 pm
bukan sekarang dari dulu memang dah ada tatto ni ,sedangkan yg minum arak pun bersepah cumanya sekarng awal 90an hinggalah sekarang dah ramai orng kenal islam secara mendalam dulu mana ada islam2 ni semua..arak tikam ekor laki pompuan hidup serumah perkara biasa je tu sekarang ni jadi luar biasa ,aku suka zaman dulu ! Peace ya alll
anonymous
November 2, 2021 at 1:09 pm
dey aney mabok todi ka
Anon
November 2, 2021 at 1:46 pm
Pegi mkn kat luar, ramai betul lelaki melayu skrg dah bertattoo. Mmg selamber la memasing. Dulu2 kena kecam. Skrg sape kecam kena sedebik tattoo kanggg..