Kanak-Kanak Tumbuk Muka Pencuri Demi Menyelamatkan Ibu Tercinta

Trending

Kanak-Kanak Tumbuk Muka Pencuri Demi Menyelamatkan Ibu Tercinta

Jenayah di dunia kian menjadi-jadi sekarang ini. Manusia yang melakukan jenayah tidak pernah serik dan juga takut untuk merompak dan mencederakan mangsa.

Begitulah kehidupan manusia di dunia sekarang yang begitu terdesak sampai terpaksa mencurik. Seorang lelaki di di Argentina dikatakan ingin mencuri sebuah basikal elektrik milik seorang wanita yang sedang duduk diatas motornya.

Advertisement

Mujur ketika kejadian, anak wanita tersebut seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun datang dengan berani menumbuk muka pencuri yang ingin melarikan basikal elektrik milik ibunya.

Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam dan kanak-kanak itu berdiri di tangga sebuah bangunan.

Manakala ibunya di atas basikal elektrik di laluan kaki lima bangunan berkenaan.

Seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu dan cuba menolak dia dari kenderaannya.

Daily Mail melaporkan, kanak-kanak terbabit segera membantu ibunya dengan menumbuk muka lelaki itu beberapa kali.

Wanita berkenaan kemudian menarik baju kemeja lelaki terbabit dan menolaknya.

Biarpun anak-beranak berkenaan berjaya menghalang pencuri terbabit, pihak berkuasa Argentina berkata lelaki itu melarikan diri dan tiada penangkapan dilakukan.

 

Sumber: Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...