“Tumbuk Muka Dan Pijak Dada” – Remaja Lelaki Disyaki Belasah Ibu Gara-Gara Tak Kemas Rumah

Berita

“Tumbuk Muka Dan Pijak Dada” – Remaja Lelaki Disyaki Belasah Ibu Gara-Gara Tak Kemas Rumah

Seorang remaja dilaporkan telah ditahan setelah dia membelasah ibunya hanya kerana tidak mengemas rumah mereka, dipercayai berlaku di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya pada hari Jumaat lalu.

Difahamkan, ibu kepada suspek telah mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan akibat dipukul.

Advertisement

PDRM

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid.

Fakhruddin memaklumkan suspek lelaki berusia 19 tahun itu telah bertindak mengunci pintu hadapan sebelum membaling barang perhiasan rumah ke arah mangsa.

Suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampau dan didapati negatif bahan terlarang dadah.

Dia juga telah membelasah ibunya dengan cara menumbuk di bahagian muka dan memijak dada sebelah kiri.

Remaja lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau objek merbahaya.

Pihak polis mengesahkan bahawa kejadian itu bukanlah kali pertama dan mereka akan menyiasat sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya. – BERNAMA

Selain itu, kami kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tragedi ittaewon
2 years ago

(VIDEO & FOTO) Korban Halloween Itaewon Ragut 154 Nyawa, Ini Kronologi & Punca Tragedi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...