Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada telah dibawa oleh ahli keluarga ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan selepas dia ditumbuk pelakon itu.
Terbaru, polis mengesahkan Shuhada hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini dan polis telah pun mengambil keterangannya berhubung insiden itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan itu, suspek (Hafidz Roshdi) akan dipanggil dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.
Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan.”
Terdahulu, Shuhada yang hadir ke balai polis pada Khamis telah membuat laporan mendakwa ditumbuk Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di matanya.
Kejadian itu berlaku di dalam sebuah kereta di R&R sekitar Sungai Buloh.
..”