“Tulis Nama Ada, Cium Batu Pun Ada” – Mutawwif Kongsi Amalan Yang Dilarang Ketika Ziarah Jabal Rahmah, Boleh Jatuh Syirik!

Kehidupan

“Tulis Nama Ada, Cium Batu Pun Ada” – Mutawwif Kongsi Amalan Yang Dilarang Ketika Ziarah Jabal Rahmah, Boleh Jatuh Syirik!

Satu perkongsian bermanfaat dikongsikan seorang mutawwif mungkin dapat membantu anda yang ingin melakukan ziarah umrah ke tanah suci tidak lama lagi.

Dalam hantaran yang tular itu, seorang lelaki dilihat menegur pengunjung yang seakan-akan menyembah dan mengagungkan sebuah tembok yang berada di atas bukit Jabal Rahmah.

Advertisement

Menurut lelaki yang juga berbangsa arab itu, perbuatan itu sama sekali dimurkai Allah dan para pengunjung seharusnya memohon doa kepada Yang Maha Esa.

Manakala dalam satu hantaran video yang lain, seorang lelaki bergelar mutawwif Syraf daripada syarikat ‘travel’ tempatan turut mengingatkan perkara yang sama terutamanya mereka yang menziarahi Jabal Rahmah.

Apabila sampai sini naik bukit tak jadi masalah, tak salah pun. Tapi yang salah apabila nak mintak doa, kemudian berdoa sambil menghadap ke arah tembok yang berada di atas itu.

Hal ini kerana, sebagai umat Islam kiblat kita hendaklah berdoa menghadap ke arah Kaabah.

Malah menurut Asyraf, ada yang menulis nama kekasih masing-masing sebagai ‘doa’ kepada Allah untuk dipertemukan sebagai jodoh.

Jabal rahmahSumber : Google  

Lebih menyedihkan adalah apabila ada yang meletakkan foto yang tidak menutup aurat.

Sesungguhnya perbuatan syirik, perbuatan menyekutukan Allah SWT adalah satu perbuatan kezaliman yang agung dan kezaliman yang besar.

Kita takut dengan amaran Allah ini. Sesungguhnya Allah SWT itu tidak mengampun dan memaafkan mereka yang cuba menyekutu dan menyamakan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman yang sama ketika menziarah salah satu tempat bersejarah itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Nanti Aisyah Terasa” – Aliff Teega Beri Sebab Mengapa Tak Pernah ‘Tayang’ Isteri Kedua, Anggap Bawa Mudarat Besar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...