“Tulis Dalam Buku Nota Dan Minta Pada Allah..” Neelofa Kongsi Tips Kekal Positif Ketika Pandemik

Hiburan

“Tulis Dalam Buku Nota Dan Minta Pada Allah..” Neelofa Kongsi Tips Kekal Positif Ketika Pandemik

Usahawan dan juga personaliti TV terkenal, Neelofa mengakui tempoh pandemik yang dilalui segenap lapisan masyarakat turut memberi cabaran terhadap dirinya namun dia berharap agar semua rakyat Malaysia terus kekal positif.

Ujar Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor,32, bukan mudah untuk semua orang melalui cabaran serta dugaan hidup pada ketika ini.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Malah, dia juga kini merasai tekanan dan stress yang sama tambahan melihatkan negara lain yang sudah bebas daripada wabak membunuh ini.

“Ada hari saya akan stres dan kadang-kadang rasa seperti cukup-cukuplah. Perasaan itu muncul kerana kita terpaksa duduk rumah dan tidak banyak aktiviti boleh dilakukan..”

Kata usahawan tudung Naelofar ini lagi, dia juga membayangkan golongan yang terjejas teruk sepanjang PKP meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran saat ini.

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Isteri kepada pendakwah bebas PU Riz ini juga sempat memberi sedikit tips untuk kekal positif sepanjang tempoh pandemik.

“Setiap pagi, saya akan tulis perkara yang ingin dilakukan dalam buku nota. Saya minta kepada Allah S.W.T. Saya juga banyak membaca untuk pastikan diri sentiasa positif.” kongsinya ringkas.

Neelofa Haris
3 years ago

Peminat Dakwa Nampak 'Baby Bump', Neelofa Dah Hamil?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...