Semalam, tular rakaman mempamerkan seorang wanita mengamuk di hadapan sebuah pasar raya malah turut membaling selipar ke arah pengawal keselamatan di situ.
Video itu mula tersebar selepas ia dimuat naik di Twitter pada jam 10 pagi namun difahamkan wanita berkenaan dikatakan kurang waras.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, wanita bengang selepas ditegur meninggalkan anak kandungnya di dalam pasar raya itu.
Punca kejadian disebabkan pihak pengawal berkenaan memintanya untuk tidak meninggalkan anak apabila keluar dari premis.”
Semakan turut mendapati terdapat satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada jam 9.13 pagi, semalam.
Mengikut laporan itu, seorang wanita yang belum diketahui identiti dan dua anaknya telah diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan kerana disyaki kurang waras.
Dalam pada itu, polis juga memaklumkan tiada sebarang dokumen diri yang diperolehi daripada wanita terbabit dan kes tersebut telah dirujuk ke JKM.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.