Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan seorang wanita menegur seorang jemaah lelaki yang sedang beribadah di sebuah surau,
Tindakan wanita itu telah mencuri perhatian ramai kerana dia meminta agar jemaah lelaki tersebut beredar walaupun datang untuk solat dianggap tidak wajar. Surau sepatutnya menjadi tempat terbuka untuk semua umat Islam beribadah, bukan sebaliknya.
Malah, wanita itu dikatakan bertindak demikian kerana surau tersebut pernah mengalami kes kecurian baru-baru ini.
Susulan itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Musolla Halaman 11, Telok Panglima Garang menegaskan bahawa tindakan wanita itu menghalau jemaah lelaki berkenaan menggunakan fasiliti surau bukanlah atas persetujuan pihak mereka.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, pihak berkenaan telah berjumpa dengan pengurusan badan pengurusan bersama (JMB) bagi menyelesaikan keadaan.
AJK Musolla amat mengharapkan kehadiran sesiapa sahaja bagi mengimarahkan musolla (surau). Tindakan menghalau amat kami kesali dan kami bantah sekeras-kerasnya.
Pendirian kami jelas, musolla boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk beribadat atau berehat sebentar. Tindakan untuk kunci musolla sama sekali tidak akan berlaku.
Pihak terbabit turut menjelaskan bahawa bil elektrik dan air juga ditanggung musolla hasil infak orang ramai.
Status musolla sebagai harta bersama penduduk adalah benar. Namun untuk tujuan ibadah, AJK tetap buka kepada semua.
Seperti sedia maklum, bagi memasuki kawasan Halaman 11 perlu melepasi palang (untuk jemaah luar kawasan H11). Ada prosedur keselamatan yang perlu dibuat sebelum masuk.
Akhir kata, ayuh sebarkan kebaikan dan sama-sama menjaga keharmonian. Jika ada sebarang persoalan boleh terus berhubung dengan AJK.
Dalam pada itu, hantaran terkini di Facebook tersebut memaklumkan, perakam yang merakam insiden tersebut bukannya AJK surau berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.