Tular Video Tumbuk Pengawal Keselamatan Sampai ‘KO’, Peninju MMA Tampil Beri Penjelasan – “Hanya Berlaku Salah Faham”

Kehidupan

Tular Video Tumbuk Pengawal Keselamatan Sampai ‘KO’, Peninju MMA Tampil Beri Penjelasan – “Hanya Berlaku Salah Faham”

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial mengenai seorang pengawal keselamatan yang tumbang secara ‘knock out’ (KO) selepas mengajak seorang lelaki untuk bergaduh.

Dalam video tersebut, kelihatan pengawal keselamatan yang tidak beruniform dan memakai baju hitam itu melakukan provokasi mengajak lelaki berkenaan bergaduh.

Advertisement

security guard ko kena pukul dengan fighter mma

Lelaki itu cuba untuk tidak mencetuskan pergaduhan namun tidak mampu bersabar selepas pengawal keselamatan itu menunjukkan isyarat lucah dan menolak mukanya.

Tindakan pengawal keselamatan itu akhirnya memakan diri selepas tumbukan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan tepat pada wajah pengawal keselamatan itu menyebabkan dia terjatuh sebelum kepalanya terhantuk pada besi.

Menurut Weirdkaya, Tony, lelaki yang menumbuk pengawal keselamatan itu menjelaskan bahawa sebelum insiden pergaduhan itu berlaku, pengawal keselamatan berkenaan terlibat dalam satu pertengkaran dengan salah seorang penghuni kondominium.

Kebetulan, Tony yang merupakan seorang peninju MMA, menyaksikan kejadian tersebut dan sedang merakamnya pada ketika itu. Video tersebut kemudiannya dimuat naik oleh individu lain dan menjadi tular.

Berlaku salah faham apabila pengawal keselamatan itu menganggap Tony merupakan individu yang menyebarkannya di media sosial dan pengawal tersebut didakwa mula melakukan provokasi terhadap Tony sehingga akhirnya tercetus pertengkaran seperti yang dilihat dalam video berkenaan.

security guard ko kena pukul dengan fighter mma

Selepas kejadian itu, kedua-dua Tony dan pengawal keselamatan terbabit dibawa ke balai polis, di mana mereka bersetuju untuk berdamai dan tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang. Pengawal keselamatan tersebut juga tidak lagi bekerja di kondominium tempat tinggal Tony.

Tony turut menegaskan bahawa pergaduhan yang berlaku itu tiada kaitan dengan isu perkauman.

Hanya berlaku salah faham. Tolong jangan jadikan perkara ini sebagai isu perkauman.

Dia turut menyeru orang ramai agar tidak membuat andaian yang tidak berasas, sebaliknya menekankan kepentingan memahami keseluruhan situasi sebelum membuat sebarang andaian.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Tular Video Penunggang Basikal & Pemandu Bas 'Gaduh Mulut', Netizen Pertahankan Pemandu - "Terang-Terang Makan Jalan.."
2025-07-07 12:28:04

Tular Video Penunggang Basikal & Pemandu Bas 'Gaduh Mulut', Netizen Pertahankan Pemandu - "Takkan Driver Nak Bahayakan Nyawa Dia & Penumpang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...